Klik Pada TAJUK untuk artikel penuh

SEJARAH


SMK Kuala Jengal memulakan operasi pendidikannya bermula pada 1 Januari 1998. Tertubuhnya SMK Kuala Jengal diharapkan perkembangan pendidikan akan berlaku khasnya di kawasan pedalaman dan kampung-kampung tradisi di Hulu Dungun. Kewujudan SMK Kuala jengal disambut baik oleh semua pihak khususnya penduduk setempat, yang selama ini mengharapkan sebuah sekolah menengah untuk meneruskan kesinambungan pendidikan anak-anak mereka.
Pada awal penubuhan, SMK Kuala Jengal mempunyai 13 orang guru dan 136 orang pelajar, merangkumi 5 kelas sahaja. Tiga bulan pertama penubuhannya ditadbir oleh Guru Penolong Kanan, Encik Kowangid bin Taupek dan dibantu oleh Puan Rohayati binti Abdul Razak selaku Guru Penolong Kanan HEM. Pada 1 Mac 1999 barulah SMK Kuala Jengal menerima seorang pengetua iaitu Tuan Haji Omar bin Awang @ Ismail.
Dalam keadaan yang serba kekurangan dan berstatus menumpang di SMK Durian Mas, Bandar Al Muktafi BIllah Shah, Dungun, Terengganu. Pada tahun 1999, SMK Kuala Jengal mempunyai 18 orang guru dan seorang Pembantu Tadbir. Jumlah pelajar pada sesi ini ialah seramai 236 orang.
Tanggal 1 Januari 2000, SMK Kuala Jengal telah memiliki bangunan sendiri dengan keluasan 4.86 hektar bertempat di Kampung Kuala Jengai. Lokasinya bersebelahan dengan SK Kuala Jengal. Umumnya para pelajar berasal daripada kampung-kampung tradisi di pedalaman Hulu Dungun.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


View LOKASI SMK KUALA JENGAL in a larger map


SMK KUALA JENGAL | KUALA JENGAL 23000 DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN | TEA 1039 | Tel : 09-8333121 | Fax : 09-8333120 | e-mail : smk_kjengal@yahoo.com.my



جَزَاكُÙ…ُ اللهُ Ø®َÙŠْرًا ÙƒَØ«ِÙŠْرًا ÙˆَجَزَاكُÙ…ُ اللهُ اَØ­ْسَÙ†َ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”