Pengetua
Categories
PEPERIKSAAN
SISTEM ONLINE
MMI TERENGGANU
IBUBAPA PRIHATIN
Ads 468x60px
Senarai Blog SMK Daerah Dungun
-
Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah 2020 - Selesai sudah acara pelantikan pemimpin dan pengawas sekolah bagi tahun 2020 Smk Durian Mas. Program ini amat penting dalam meningkatkan jati diri ke arah ...4 tahun yang lalu
-
-
-
KEJOHANAN MINI OLAHRAGA - Kejohanan mini olahraga SMKSP telah diadakan pada 10 April 2010.13 tahun yang lalu
Senarai Blog Sekolah Rendah
-
-
Sesi Persekolahan 2019 sudah bermula - Sesi Persekolahan 2019 sudah bermula. Semoga semua guru dan murid dalam keadaan sihat sejahtera. Aminn.5 tahun yang lalu
-
-
Featured Posts
Text Widget
ASDF
Copyright By SMK Kuala Jengal. Dikuasakan oleh Blogger.
Ahad, 14 Disember 2014
Khamis, 20 November 2014
HARI ANUGERAH KUALITI SMK KUALA JENGAL SESI 2014
PENGENALAN
Murid sekolah merupakan aset utama kepada kecemerlangan di sesebuah institusi pendidikan. Justeru itu, bagi mewujudkan kecemerlangan dalam akademik, pelbagai pendekatan dan strategi harus dibentuk agar visi dan misi sekolah tercapai. Ibu bapa dan pihak sekolah seharusnya berganding bahu mencari fokus ke arah kecemerlangan itu. Perlu diketahui bahawa remaja hari ini adalah pemimpin pelapis yang bakal mewarisi tanggungjawab keluarga dan negara pada masa akan datang.
Oleh itu, bagi memenuhi hasrat ke arah kecemerlangan tersebut pihak sekolah telah merancang program Hari Anugerah Kualiti SMK Kuala Jengal. Dengan adanya program seumpama ini adalah diharapkan dapat menyuntik semangat belajar di samping menyediakan minda pelajar ke arah kecemerlangan.
Gambar sepanjang aktiviti berlangsung :-
Ahad, 16 November 2014
PROGRAM MASAK BUBUR ASYURA SMK KUALA JENGAL
SMK KUALA JENGAL, 16 Nov. - Ketibaan Muharam, bulan pertama dalam kalendar Islam yang lazimnya diadakan sambutan tahun baharu turut ditandai dengan tradisi membuat bubur asyura dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Program memasak bubur asyura yang diadakan di sekolah ini berjaya menarik minat warga sekolah yang hadir memeriahkan acara berkenaan.
Sebanyak 4 kawah bubur asyura berjaya dimasak oleh warga sekolah ini dan diagihkan kepada guru-guru, pelajar-pelajar, kakitangan sekolah dan penduduk kampung sekitar.
Rabu, 5 November 2014
Khamis, 30 Oktober 2014
Rabu, 3 September 2014
Selasa, 26 Ogos 2014
Selasa, 19 Ogos 2014
Selasa, 5 Ogos 2014
Isnin, 21 Julai 2014
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SESI 2014
Tarikh : 24 Julai 2014
Hari : Khamis
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Surau SMK Kuala Jengal
Pengenalan
Majlis khatam Al - Quran merupakan suatu program yang saban tahun diadakan bahi menghidupkan dan memeriahkan akviti bulan Ramadhan Al Mubarak.
Majlis Ini juga diakan untuk meraikan dan menghargai pelajar-pelajar sekolah yang tyelah menyertai majlkis tadarus di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.
Semoga majlis ini akan dapat berjalan dengan lancar seterusnya mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Objektif
- Mendekatkan diri pelajar dengan Al-Quran dan berusaha untuk belajar Al-Quran dengan bersungguh-sungguh.
- Meningkatkan keimanan para pelajar kepada Allah S.W.T dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru.
- Mengfhidupkan bulan Ramdahan denga akitiviti yang berfaedah.
Sasaran
Semua pelajar SMK Kuala Jengal.
Aturcara Program
10.40 pagi : Pelajar berkumpul di surau
11.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Majlis Khatam Al-Quran
Penyampaian Hadiah dan Sumbangan
Bacaan Doa Selamat
01.20 petang : Solat Zohor Berjemaah
Bersurai
Perhargaan dan Terima Kasih Kepada :-
Pengetua
Pentadbir Sekolah
PIBG
Guru-Guru
Ibu Bapa
Kakitangan SMK Kuala Jengal
Semua Pelajar
Semua yang terilbat
Ahad, 20 Julai 2014
Demam Denggi
Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
- Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
- Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
- Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
- Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
- Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
- Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
- Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
- Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
- Mandi jerlum.
- Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
- Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
- Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
- Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
- Gunakan ubat nyamuk.
- Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
- Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
- Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
- Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
- Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
- Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
- Muntah berlarutan/berpanjangan.
- Sakit perut.
- Kurang bermaya/sawan.
- Sesak nafas.
- Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
- Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
- Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
- Pejabat Kesihatan berhampiran.
- Klinik Kesihatan berhampiran.
- Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.
Rujukan
- Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever Fact Sheet, Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
- Dengue Fever , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
- Dengue, DHPE Publications.
- Dengue fever, Wisconsin Department of Health and Family Services.
- Disease fact sheet : Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
- Dengue Fever/Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
- Clinical Diagnosis and Assessment of Severity of Confirmed dengue Infection in Vietnamese Children : Is the WHO classification system helpful ? Cao Xuan Thank Phuong et al., Am. J. Trop. Med. Hyg., 70(2),2004,pp 172-179.
- Dengue Fever, U.S. Army Center for Health Promotion and Preventive Medicine, Maryland.
Rabu, 16 Julai 2014
TEMA HARI GURU (1972 - 2014)
TEMA HARI GURU (1972 - 2013)
2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Ahad, 13 Julai 2014
Khamis, 10 Julai 2014
Rabu, 25 Jun 2014
KENAPA AKU DI UJI? DAN ALLAH MENJAWAB!
KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami
telah beriman.” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji orang2 yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.” – (Surah
Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi
kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui.”-(Surah Al-Baqarah ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-(Surah Al-Baqarah 286)
RASA KECEWA?
“Janganlahkamu bersikap lemah, danjanganlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang
beriman.”-(Surah Al-Imran ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara2 kebajikan), dan (kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah2 sempadan )serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu
berjaya (mencapai kemenangan)-(Surah Al-Imran ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang
yang khusyuk”-(Surah Al-Baqarah ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengam
memberikan syurga untuk mereka..”-(Surah At-Taubat ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadanNya aku
bertawakal.”-(Surah AT-Taubah ayat 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
“…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak
berputus asa daripada Allah melainkan kaumyang kafir.”-(Surah Yusof ayat 12)
Selasa, 24 Jun 2014
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
PUASA
Firman
Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala
perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah
terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa
1.
Wajib
2.
Sunat
3.
Makruh
4.
Haram
Puasa
wajib :
Puasa yang
dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa
nazar.
Puasa
Sunat :
a)
Puasa dalam bulan Sya’ban
b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f) Puasa pada hari Isnin & Khamis
g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h) Puasa satu hari berbuka satu hari
i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f) Puasa pada hari Isnin & Khamis
g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h) Puasa satu hari berbuka satu hari
i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
Puasa Makruh :
a)
Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
b) Berpuasa sepanjang tahun
b) Berpuasa sepanjang tahun
Puasa Haram :
a)
Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d) Puasa perempuan haid & Nifas
e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
b) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d) Puasa perempuan haid & Nifas
e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1) Syarat-syarat wajib
2) Syarat-syarat sah
Syarat wajib
a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim
Syarat Sah
a)
Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat
Rukun Puasa
a)
Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
Masa Puasa
Puasa
bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah Puasa
a)
Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa
a)
Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa
a)
Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa
a)
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
a)
Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhan
a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan
dimakbulkan
b) Allah merahmati orang yang mengimaninya
c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d) Iblis dipenjarakan
e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul
qadar.
f)
Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhan
a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan
yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka
berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak
mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam
yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
b)
Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang
kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak
membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik
di masa hadapan.
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan
1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه
السنة لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu
Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2)
Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
.
Ertinya
: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah
Taala.
Doa Ketika
Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah
menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang
diharuskan berbuka oleh syara’
Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa
Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ
مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى
الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا
فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ
تَعْلَمُونَ
Maksudnya
: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa
diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain
dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi
tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan
sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu
adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik
bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat
184)
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
- Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan
Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam
masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
-
Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan
yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan
dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si
suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’
walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’
puasa yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1) Membebaskan seorang hamba yang beriman
2) Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya
berpuasa 2 bulan berturut-turut
3)
Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin
setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.
Fidyah
Ialah
bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu
hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan
qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu
cupak bersamaan dengan 620 gram.
Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ
مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى
الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا
فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ
تَعْلَمُونَ
Maksudnya
: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa
diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain
dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi
tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan
sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu
adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik
bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah
Al-Baqarah Ayat
184)
Sebab-sebab wajib Fidyah
1) Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2) Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3) Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika
berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh
mengurangkan air susu
4)
Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang
lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
View LOKASI SMK KUALA JENGAL in a larger map
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Kalendar
LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Pengurusan
Aktiviti Mingguan
Berita Terkini
Guru Bertugas Minggu Ini
8 feb 2015 - 12 feb 2015
~ Minggu 5 ~
EN. ISMADI BIN IBRAHIM
CIK SITI NOORSHAHIDA BINTI YUSOFF
PN NOR SANDAWATI BINTI IBRAHIM
Waktu Solat
Hadis Pilihan
Dari Umair Al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa dikalangan ummatku berselawat kepadaku dengan ikhlas sebanyak sepuluh kali, Allah SWT akan menurunkan rahmat untuknya sepuluh rahmat. Dan diangkat darjatnya sepuluh kali darjat, dan dituliskan untuknya sepuluh kebaikan dan diampunkan daripadanya sepuluh kejahatan. (HR Nasai)
Dari Hasan r.a berkata telah sampai kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari salah silap lidah. (HR Baihaqi)
Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW bersabda: Dua rakaat solat yang didirikan dengan bersugi gigi adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat solat tanpa bersugi. (HR Bazzar, Majma uz Zawaid)
Popular Posts
-
Gambar-Gambar Sepanjang Sambutan Hari Raya Aidil Fitri
-
PENGENALAN Murid sekolah merupakan aset utama kepada kecemerlangan di sesebuah institusi pendidikan. Justeru itu, bagi mewujudkan...