Klik Pada TAJUK untuk artikel penuh

Isnin, 20 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PENDUDUK KUALA JENGAL


Ulangtahun kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW tiba kembali menemui umat Islam. Satu program kerohanian akan diadakan bagi meningkatkan amal dilakukan untuk mencapai keredhaan Allah. Justeru, SMK Kuala Jengal mengambil inisiatif untuk menganjur dan melaksanakan beberapa aktiviti di peringkat sekolah. Di antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk mendidik murid-murid menghormati dan menghayati Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW serta  menyemai rasa taat dan patuh kepada setiap perintah Allah di kalangan murid-murid. Disamping itu juga, murid dapat mendekatkan diri dengan amalan-amalan sunat. 

Sambutan ini disertai oleh semua murid dan guru SMK Kuala Jengal disamping penduduk kampung dan murid Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal. Perarakan bermula jam  8.45 pagi dan selesai pada pukul 9.30 pagi. Kemudian pelajar dibenarkan berehat selama setengah jam denga dibekalkan minuman dan roti.

Sekitar jam 10 pagi satu ceramah sempena maulidurrasul yang disampaikan oleh Tn Hj Abd. Rashid bin Long, Guru Agama Pelawat Bersiri dari Pejabat Agama Negeri Terengganu.

Di akhir program semua yang hadir dijemput untuk jamuan makan tengahari yang disediakan oleh JKKK Kg Kuala Jengal dan penduduk kampung dengan menumbangkan seekor kerbau. 

Majlis berjalan lancar

Ahad, 19 Februari 2012

PROGRAM MOTIVASI SPM BERSAMA TESDEC

Program yang diadakan bersama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk terus membuat perubahan terhadap diri. Kedatangan beberapa fasilitator TESDEC adalah untuk menyuntik semangat untuk belajar. Program dimulai pada pukul 11.00 pagi denga taklimat oleh kaunselor sekolah dan seterusnya program diambilalih oleh Pensyarah TESDEC untuk slot ceramah motivasi. Program berakhir pada jam 1.30 petang.

Khamis, 16 Februari 2012

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, DUNGUN

Murid sekolah merupakan aset utama kepada kecemerlangan di sesebuah institusi. Justeru itu bagi mewujudkan kecemerlangan dalam akademik, pelbagai pendekatan dan strategi harus dibentuk agar misi dan visi sekolah tercapai. Ibu bapa dan pihak sekolah seharusnya berganding bahu mencari fokus ke arah kecemerlangan itu. Perlu diketahui bahawa remaja hari ini adalah pemimpin pe;apis yang bakal mewarisi tanggungjawab keluarga dan negara pada masa akan datang

Oleh itu, bagi memenuhi hasrat ke arah kecemerlangan tersebut pihak Universiti Teknologi Malaysia, Dungun dengan pihak sekolah telah merancang program motivasi dan kemahiran belajar dengan pelajar. Dengan adanya program seumpama ini adalah diharapkan dapat menyuntik semangat belajar di samping menyediakan minda pelajar ke arah kecemerlangan.


Rabu, 8 Februari 2012

Kejohanan Bola Tampar Sekolah Menengah Zon Bukit Besi

Pada 6 dan 7 Februari 2012 yang lalu telah  berlangsung Kejohanan Bola Tampar Bawah 18 tahun Sekolah Menengah Zon Bukit Besi 2012 yang telah dianjurkan oleh SMK Kuala Jengal. Rasanya inilah kejohanan bola tampar buat julung kalinya dan telah diadakan di gelanggang Dataran Seri Jengal. Cuaca begitu baik dengan peluh menyimbah pemain dan penonton tidak jemu mengikuti kejohanan ini sejak mula.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


View LOKASI SMK KUALA JENGAL in a larger map


SMK KUALA JENGAL | KUALA JENGAL 23000 DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN | TEA 1039 | Tel : 09-8333121 | Fax : 09-8333120 | e-mail : smk_kjengal@yahoo.com.my



جَزَاكُÙ…ُ اللهُ Ø®َÙŠْرًا ÙƒَØ«ِÙŠْرًا ÙˆَجَزَاكُÙ…ُ اللهُ اَØ­ْسَÙ†َ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”