Klik Pada TAJUK untuk artikel penuh

Ahad, 26 Februari 2012

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PPS DAN PRS

Majlis perwatikahan pengawas, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya dengan kehadiran OCS Halim bin Ismail, Ketua Balai, Balai Polis Kuala Jengal. Beliau memberikan ceramah tentang jenayah dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Selain menyentuh tentang bahaya dadah dalam masyarakat, beliau juga mendedahkan tentang punca berlaku jenayah dan kategori jenayah yang berleluasa dalam masyarakat.

Program penyerahan watikah ini dilihat sebagai program yang perlu diadakan setiap tahun kerana ia dapat memberikan kesedaran kepada murid untuk memupuk diri dengan disiplin sejak dari bangku sekolah lagi. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah kemudian penyampaian watikah kepada pelajar yang terlibat. Ia turun dihadiri oleh semua guru dan pelajar serta beberapa anggota polis dari balai terdekat.

Khamis, 23 Februari 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

Program diadakan bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar dan mendorong mereka secara berterusan dengan kata-kata semangat dan harapan yang boleh meningkatkan motavasi pelajar untuk mencapai kejayaan. Selain berkongsi idea dan masalah yang dihadapi, pelajar juga dapat juga belajar secara berkumpulan dengan cara yang berkesan dan boleh membina hubungan mesra di antara pelajar dan mentor.

Guru yang dipilih sebagai mentor kepada pelajar-pelajar kelas peperiksaan akan dapat membimbing pelajar dan mendedahkan maklumat serta pengetahuan kepada pelajar yang boleh membina masa hadapan pelajar dengan lebih berfokus.

Programa ini dimulakan pada jam 12.00 tgh dengan taklimat oleh Guru UBK kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pengetua dan penyerahan mentee. Majlis tamat pada jam 2.00 ptg.

Isnin, 20 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PENDUDUK KUALA JENGAL


Ulangtahun kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW tiba kembali menemui umat Islam. Satu program kerohanian akan diadakan bagi meningkatkan amal dilakukan untuk mencapai keredhaan Allah. Justeru, SMK Kuala Jengal mengambil inisiatif untuk menganjur dan melaksanakan beberapa aktiviti di peringkat sekolah. Di antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk mendidik murid-murid menghormati dan menghayati Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW serta  menyemai rasa taat dan patuh kepada setiap perintah Allah di kalangan murid-murid. Disamping itu juga, murid dapat mendekatkan diri dengan amalan-amalan sunat. 

Sambutan ini disertai oleh semua murid dan guru SMK Kuala Jengal disamping penduduk kampung dan murid Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal. Perarakan bermula jam  8.45 pagi dan selesai pada pukul 9.30 pagi. Kemudian pelajar dibenarkan berehat selama setengah jam denga dibekalkan minuman dan roti.

Sekitar jam 10 pagi satu ceramah sempena maulidurrasul yang disampaikan oleh Tn Hj Abd. Rashid bin Long, Guru Agama Pelawat Bersiri dari Pejabat Agama Negeri Terengganu.

Di akhir program semua yang hadir dijemput untuk jamuan makan tengahari yang disediakan oleh JKKK Kg Kuala Jengal dan penduduk kampung dengan menumbangkan seekor kerbau. 

Majlis berjalan lancar

Ahad, 19 Februari 2012

PROGRAM MOTIVASI SPM BERSAMA TESDEC

Program yang diadakan bersama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk terus membuat perubahan terhadap diri. Kedatangan beberapa fasilitator TESDEC adalah untuk menyuntik semangat untuk belajar. Program dimulai pada pukul 11.00 pagi denga taklimat oleh kaunselor sekolah dan seterusnya program diambilalih oleh Pensyarah TESDEC untuk slot ceramah motivasi. Program berakhir pada jam 1.30 petang.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


View LOKASI SMK KUALA JENGAL in a larger map


SMK KUALA JENGAL | KUALA JENGAL 23000 DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN | TEA 1039 | Tel : 09-8333121 | Fax : 09-8333120 | e-mail : smk_kjengal@yahoo.com.my



جَزَاكُÙ…ُ اللهُ Ø®َÙŠْرًا ÙƒَØ«ِÙŠْرًا ÙˆَجَزَاكُÙ…ُ اللهُ اَØ­ْسَÙ†َ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”