Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2017
-
Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..Salam Negaraku Malaysia
Posting pagi ini Selamat menjalani Peperiksaan UPSR kepada semua
murid-murid tahun 6 di se...
Majlis agihan buku rujukan untuk pelajar Tingkatan 3 oleh pihak sekolah merupakan satu usaha untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang akademik. Majlis dipengerusikan oleh En Abd Satar Bin Musa. Pembukaan majlis diserikan bacaan doa seterusnya ucapan aluan oleh Tn Pengetua. Antara intipati ucapan aluan yang dapat dirakamkan menggesa agar semua tingkatan 3 pelajar yang mendapat buku ini, supaya memanfaat sepenuhnya kemudahan yang diberikan. Selain dari itu pelajar juga boleh boleh merujuk kepada rakan dan juga guru jika terdapat sebarang masalah dalam pembelajaran.
Malis Agihan Buku Rujukan
5 Buah Buku Untuk Setiap Pelajar
Ucapan Aluan Oleh En Othman Bin Omar (Pengetua)
Seterusnya ucapan oleh YDP PIBG yang meminta agar semua pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh disamping berusaha untuk membaca buku yang bakal diagihkan nanti. Dengan ini diharapkan agar pencapain pelajar dalam peperiksaan akan cemerlang, Beliau juga meneruskan nasihat agar pelajar rajin datang ke sekolah, hadir kelas tambahan dan sentiasa ambil berat tentang pelajaran.
Ucapan Oleh Tn Hj Andera Mat Zain (YDP PIBG)
Majlis diadakan seawal jam 9.20 pagi dengan kehadiran YDP PIBG sekolah,
Tn Hj Andera Bin Mat Zain. Penyampain disempurnakan sendiri oleh YDP
PIBG dengan diringi oleh Tuan Pengetua Sekolah, En Othman Bin Omar.
Penyampain Buku Rujukan Kepada Pelajar
Penyampaian Cenderahati Kepada YDP PIBG Oleh Tn Pengetua
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada YDP PIBG oleh En Othman Bin Omar (Pengetua). Majlis selesai pada jam 10.15 pagi
Walaupun majlis pagi tadi secara adhoc diadakan, namun semua guru terlibat begitu pantas mengambil tindak kerja dalam masa sesingkat mungkin untuk menjayakannya. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat biarpun tanpa satu jawatankuasa dibentuk lebih awal. Yang pastinya pengalaman mematangkan kedewasaan profesion keguruan....
Terima kasih juga kepada staf pejabat yang menjayakan agihan buku koleksi soalan peperiksaan PMR ini sejak minggu lalu dalam menyusun atur buku tersebut untuk majlis pagi ini...
Terlepas pandang sedikit tadi ialah dari segi arahan lebih awal kepada pelajar T3 tidak diberi agar mereka membentuk barisan atau berada pada kedudukan yang lebih teratur di dewan bagi memudahkan penerimaan agihan buku rujukan.
Walau apa pun...kita harapkan tahun 2012 membuahkan kejayaan yang diharapkan untuk calon-calon PMR....
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Kalendar
LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Pengurusan
Aktiviti Mingguan
Berita Terkini
Guru Bertugas Minggu Ini
8 feb 2015 - 12 feb 2015
~ Minggu 5 ~
EN. ISMADI BIN IBRAHIM
CIK SITI NOORSHAHIDA BINTI YUSOFF
PN NOR SANDAWATI BINTI IBRAHIM
Waktu Solat
Hadis Pilihan
Dari Umair Al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa dikalangan ummatku berselawat kepadaku dengan ikhlas sebanyak sepuluh kali, Allah SWT akan menurunkan rahmat untuknya sepuluh rahmat. Dan diangkat darjatnya sepuluh kali darjat, dan dituliskan untuknya sepuluh kebaikan dan diampunkan daripadanya sepuluh kejahatan. (HR Nasai)
Dari Hasan r.a berkata telah sampai kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari salah silap lidah. (HR Baihaqi)
Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW bersabda: Dua rakaat solat yang didirikan dengan bersugi gigi adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat solat tanpa bersugi. (HR Bazzar, Majma uz Zawaid)
Walaupun majlis pagi tadi secara adhoc diadakan, namun semua guru terlibat begitu pantas mengambil tindak kerja dalam masa sesingkat mungkin untuk menjayakannya. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat biarpun tanpa satu jawatankuasa dibentuk lebih awal. Yang pastinya pengalaman mematangkan kedewasaan profesion keguruan....
BalasPadamTerima kasih juga kepada staf pejabat yang menjayakan agihan buku koleksi soalan peperiksaan PMR ini sejak minggu lalu dalam menyusun atur buku tersebut untuk majlis pagi ini...
Terlepas pandang sedikit tadi ialah dari segi arahan lebih awal kepada pelajar T3 tidak diberi agar mereka membentuk barisan atau berada pada kedudukan yang lebih teratur di dewan bagi memudahkan penerimaan agihan buku rujukan.
Walau apa pun...kita harapkan tahun 2012 membuahkan kejayaan yang diharapkan untuk calon-calon PMR....