Klik Pada TAJUK untuk artikel penuh

Rabu, 8 Februari 2012

Kejohanan Bola Tampar Sekolah Menengah Zon Bukit Besi

Pada 6 dan 7 Februari 2012 yang lalu telah  berlangsung Kejohanan Bola Tampar Bawah 18 tahun Sekolah Menengah Zon Bukit Besi 2012 yang telah dianjurkan oleh SMK Kuala Jengal. Rasanya inilah kejohanan bola tampar buat julung kalinya dan telah diadakan di gelanggang Dataran Seri Jengal. Cuaca begitu baik dengan peluh menyimbah pemain dan penonton tidak jemu mengikuti kejohanan ini sejak mula.

Sebanyak lima pasukan bertanding, iaitu SMK Jerangau, SMK Padang Pulut, SMK Durian Mas, SMK bukit Besi dan SMK Kuala Jengal selaku tuan rumah tidak melepaskan peluang bertanding dalam kedua-kedua kategori lelaki dan perempuan.
SMK Bukit Besi telah menjuarai kategori lelaki dan SMK Padang Pulut telah menjuarai kategori perempuan. SMK Kuala Jengal kurang bernasib baik pada kali ini. Namun, tahniah diucapkan kerana telah menunjukkan tentangan yang tidak kurang hebatnya.

Kepada pasukan yang menang, tahniah diucapkan. Kepada yang tewas, cuba lagi di tahun hadapan. Apa yang penting ialah semangat berpasukan dan komitmen dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga kejohanan akan datang lebih meriah dan menghidupkan suasana di pendalaman ini. Kepada jawatankuasa pertandingan dengan cemerlang. Majulah Sukan Untuk SMK Kuala Jengal.

0 comments:

Catat Ulasan

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


View LOKASI SMK KUALA JENGAL in a larger map


SMK KUALA JENGAL | KUALA JENGAL 23000 DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN | TEA 1039 | Tel : 09-8333121 | Fax : 09-8333120 | e-mail : smk_kjengal@yahoo.com.my



جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”