Klik Pada TAJUK untuk artikel penuh

Jumaat, 20 Januari 2012

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan merentas desa dimulakan dengan sesi "warming up" di kendalikan oleh Cg Fadhir Noor bin Harun dengan bantuan beberapa orang pelajar.


Suasana pagi adalah ini disekitar jam 8.00 pagi masih lagi berkabus. Kelihatan pelajar-pelajar sangat seronok dengan sesi memanaskan badan kerana ia jarang-jarang sekali diadakan. Sesi memanaskan badan ini selesai pada jam 8.30 pagi. Kemudian pelajar diberikan taklimat tentang larian dan keselamatan semasa dalam larian oleh Cg Nor Jailami.


Pelajar dilepaskan pada jam 8.45 pagi dan pelajar yang pertama sampai ke garisan penamat pada jam 9.30 pagi.

Setelah selesai larian, pelajar dibenarkan berehat sebelum acara penyampaian hadiah. Tepat pada pukul 11.00 pagi acara penyampaian hadiah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Cg Abd Satar Bin Musa. Kemuncak kepada acara ini ialah perisytiharan johan keseluruhan yang disandang oleh Rumah Syahbandar diikuti dengan Rumah Bendahara kemudian Temenggung dan Laksamana. Majlis berakhir pada pukul 12.45 tengahari. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Ketua Balai Polis Kuala Jengal dan beberapa orang anggota.   




1 ulasan:

  1. Terima kasih yang tidak terhingga atas daya usaha ustaz saipul dalam mewujudkan blog sekolah kita. semoga dengan adanya blok sekolah ini dapat dijadikan platform untuk kita mendokumentasikan aktiviti dan peristiwa sepanjang tahun....

    Selain dari merakamkan peristiwa yang berlaku, laman blog ini juga kita dapat jadikan sebagai media penghubung mengenai makluman sesuatu perkara kepada semua warga sekolah kita dan ibu bapa pelajar serta agensi yang berkait tentang sesuatu program yang akan kita adakan....

    Untuk melebarkan lagi pengisian di dalam blog sekolah ini jika dapat disediakan ruang untuk unit-unit memasukkan maklumat terbaru sama ada di bawah pentadbiran, HEM mahupun Kokurikulum untuk makluman semua. Adalah diharapkan pengisian di dalam blog ini diusahakan secara bersama di bawah satu jawatankuasa pemantau...

    BalasPadam

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


View LOKASI SMK KUALA JENGAL in a larger map


SMK KUALA JENGAL | KUALA JENGAL 23000 DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN | TEA 1039 | Tel : 09-8333121 | Fax : 09-8333120 | e-mail : smk_kjengal@yahoo.com.my



جَزَاكُÙ…ُ اللهُ Ø®َÙŠْرًا ÙƒَØ«ِÙŠْرًا ÙˆَجَزَاكُÙ…ُ اللهُ اَØ­ْسَÙ†َ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”